Indeks Kualiti Udara lebih 2,000 akibat kebakaran hutan - Utusan Malaysia

Indeks Kualiti Udara lebih 2,000 akibat kebakaran hutan

LANGIT bertukar oren di Palangkaraya semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indeks Kualiti Udara di Kota Palangkaraya, Kalimantan Tengah sejak pagi semalam adalah setinggi 2,052 sekali gus menunjukkan tahap pencemarannya amat bahaya akibat kebakaran hutan dan tanah yang semakin merebak.

Angka itu dikeluarkan  Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kota Palangkaraya yang menyebabkan udara bertukar menjadi oren.

Sehingga semalam,  jumlah luas hutan dan tanah yang terbakar di Kota Palangkaraya telah mencapai 1,444 hektar. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdapati sebanyak 548 titik panas di Kota Palangkaraya manakala untuk wilayah Kalimantan Tengah secara keseluruhan terdapat 11,166 titik panas. 

BPBD mencatat sejak Jun hingga 13 Oktober 2026, terdapat sebanyak 887 kebakaran hutan dan tanah di Palangkaraya.

Jerebu tebal itu mengancam kesihatan penduduk, khususnya golongan rentan seperti kanak-kanak dan warga emas. 

Seorang penduduk Palangkaraya, Nono berkongsi kesan langsung jerebu tebal terhadap kesihatan keluarganya.

“Apa yang kami rasakan sudah tentu sesak nafas. Kami seperti sukar mendapatkan udara bersih dan sihat. Keadaan ini juga memberi kesan yang amat besar kepada anak-anak kami yang masih kecil. Begitu juga warga emas, ibu bapa saya sendiri turut terjejas,” katanya dalam siaran berita Metro TV semalam.

Indonesia sering berdepan kebakaran hutan ketika musim kemarau.

Namun,i kebakaran yang berlaku tahun ini lebih buruk daripada kebiasaan berikutan fenomena El Nino yang kuat sehingga menyebabkan kemarau.

Pakar-pakar turut menyalahkan amalan pembukaan tanah menggunakan kaedah tebang dan bakar yang mengubah landskap semula jadi di Sumatera dan Borneo, yang sebelum ini lebih tahan terhadap kebakaran.

Jerebu itu turut merebak ke negara jiran, termasuk Singapura, Malaysia dan Timor-Leste, yang mengumumkan penutupan sekolah di seluruh negara selama tiga hari bermula Khamis, hingga ke Filipina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini