SEBAGAI sebuah negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan. – Mukadimah Dasar Kanak-Kanak Negara. Malaysia sememangnya komited dalam menjaga dan memelihara kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, atas faktor golongan itu masih perlu dilindungi daripada sebarang musibah dan kecelakaan. Komitmen ini bukanlah semata-mata kerana Malaysia merupakan negara yang menandatangani CRC, malah…










