Status penjawat awam Shuhaily ditentukan KSN, KSU kementerian

Status penjawat awam Mohd. Shuhaily ditentukan KSN, KSU kementerian

SAIFUDDIN Nasution Ismail (tengah) menyerahkan kad pengenalan generasi baharu kepada salah seorang penerima pada Program Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Sedenak, Kulai, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Status Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain sebagai penjawat awam ditentukan mengikut peraturan pentadbiran awam sedia ada selepas berdepannya pendakwaan mahkamah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan ditentukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Penjawat awam ini tertakluk kepada pentadbiran, kerana pentadbiran awam mempunyai peraturan untuk menguruskan keadaan sedemikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kes ini, kedudukan beliau (Mohd. Shuhaily) akan ditentukan,” katanya di sini semalam.

Rabu lalu, Mohd. Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.

Sementara itu, Saifuddin Nasution menyambut baik teguran termasuk oleh pemimpin pembangkang yang mendakwa beliau gagal memainkan pe­ranan sebagai orang tengah sehingga menyebabkan kes berkenaan diheret ke mahkamah.

“Saya menyambut baik teguran terutamanya yang datang daripada Ahli Parlimen pembangkang yang parti mereka sendiri pun berpecah dan berkecai disebabkan kegagalan mereka menjadi pendamai.

“Sebagai contoh Machang, parti mereka pecah dua iaitu satu menyokong Tan Sri Muh­yiddin Yassin dan satu lagi menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin malah Pas juga pernah berpecah sehingga melahirkan Parti Amanah Negara.

“Hakikat bahawa perpecahan berlaku sehingga melahirkan parti baharu adalah akibat kegagalan mereka untuk menjadi pendamai namun begitu saya tetap menerima baik teguran tersebut,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini