‘Karam, berenang bersama UMNO’ - Utusan Malaysia

‘Karam, berenang bersama UMNO’

S Samy Vellu (dua dari kiri) bersama kepimpinan baharu MIC selepas keputusan pemilihan Perhimpunan Agung MIC ke-63 pada 2009.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh PERUJI PERUMAL

Hari ini genap 85 tahun usia Tun S. Samy Vellu. Di bawah kepemimpinan Samy, MIC adalah suara rakyat. Parti ini mencetuskan detik sejarah apabila mencapai 100 peratus kemenangan dalam pilihan raya umum 2004. Parti ini menyapu bersih kesemua sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan oleh kepemimpinan Barisan Nasional Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa itu.

Parti politik adalah penting untuk demokrasi. Tiada rakyat maksudnya tiada kerajaan. Kata-kata mutiara bekas Presiden MIC ini memang mencetuskan kesedaran politik dalam kalangan akar umbi parti. Tokoh ini memang mempunyai gaya dan seni tersendiri untuk melonjakkan serangan terhadap pembangkang. Beliau adalah jaguh membela kerajaan di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Sungai Siput dan bekas menteri ini cukup bersedia dalam segala aspek sampai dipuji oleh Lim Kit Siang (Penasihat DAP).

Jajaran kerjasama MIC adalah bagus. “We will sink or swim with UMNO. Indian Community is small community but not a silent community.” Beliau pernah berkata sedemikian sehinggakan ada pemimpin UMNO mengulas mengenainya di lobi Parlimen: “Jika Samy dalam UMNO, sudah lama beliau berjaya menaiki tangga ke arah jawatan Perdana Menteri.”

Samy Vellu bukanlah seorang yang bersikap membisu dalam bamyak isu. Pada suatu ketika, Tun Dr. Mahahir Mohamad pernah berkata: “Ada orang kata saya seorang maharajalela. Jika saya insan jenis ini, bagaimana pula Tun Samy Vellu dan Tan Sri Rafidah Aziz dapat melontarkan pandangan mereka begitu lama dalam Kabinet?

“MIC is stable despite being an turbulent party. The credit goes to Samy Vellu leadership,” kata Dr. Mahathir lagi.

Kesetiaan Samy pada bangsa dan nusa tidak diragui. Semasa era Konfrontasi Indonesia, beliau sanggup memanjat tiang menurunkan bendera Sang Merah Putih untuk menonjolkan bantahan terhadap Indonesia.

Prestasi bekas Menteri Kerja Raya ini cukup membanggakan dan menjadi motivasi kepada banyak pihak. Dalam berdepan kesulitan, beliau sentiasa berfikiran positif dengan ungkapan, cahaya di hujung terowong tentu ada. Gelaran Samy Toll mesti tidak boleh dilupakan.

Beliau mempunyai hubungan yang erat dan akrab dengan pihak media. Pandangan beliau sentiasa menjadi tajuk berita pada keesokan harinya.

Dalam bidang pendidikan, beliau mewujudkan Universiti AIMST di Sungei Petani, Kedah.

Dalam bidang seni pula, sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada golongan penulis dan karyawan Tamil.

Selamat hari jadi Tun Samy Vellu!

PENULIS ialah penganalisis politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN