KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang suatu ketika dahulu digambarkan sebagai formula terbaik demi menjamin kestabilan politik negara kini mula dipersoalkan apabila hubungan kedua-dua gabungan itu dilihat semakin rapuh serta dipenuhi sindiran terbuka. Apa yang sebelum ini dijual atas nama ‘demi kestabilan politik’, kini semakin dilihat sekadar pakatan untuk terus kekal berkuasa. Pelbagai persoalan mula timbul, adakah BN dan PH benar-benar serasi sebagai rakan politik atau…










