Azeem buru sasaran baharu

Azeem buru sasaran baharu

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi akan mengalihkan tumpuan kepada acara kegemarannya 100 meter (m) selepas gagal menempah tiket ke peringkat akhir acara 60m dalam dewan pada Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA).

Atlet dari Teluk Intan, Perak itu dijangka beraksi dalam kejohanan Jemputan Yellow Jacket di Atlanta pada 20 dan 21 Mac ini.

Itu merupakan kejohanan pertama Azeem bagi acara 100m selepas dia beraksi sembilan perlumbaan 60m pada musim ini yang turut menyaksikan beberapa kejayaan diciptanya.

Terdahulu, Azeem memecahkan rekod 200m kebangsaan dalam dewan pada kejohanan Jemputan Tiger Paw di Clemson, Corolina Utara pada 14 Februari lalu.

Dia mencatat 21.20 saat (s) sekali gus memperbaharui rekod miliknya iaitu 21.50s ketika beraksi di kejohanan Jemputan Bob Pollock dekat Clemson, 2 Februari lalu.

Azeem turut merangkul pingat emas acara 60m pada Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham, Alabama pada 9 Januari lalu.

Bagi kategori dalam dewan, itu merupakan rekod kedua Azeem selepas dia melakukan catatan masa 6.56s dalam acara 60m pada Kejuaraan SEC, Mac 2025.

Azeem yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) perlu melepasi had kelayakan 10.05s untuk layak secara automatik ke final dalam acara 100m NCAA yang bakal diadakan pada Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×