Edar dadah guna aset tentera: Dua anggota TUDM direman - Utusan Malaysia

Edar dadah guna aset tentera: Dua anggota TUDM direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah menggunakan aset ketenteraan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berpangkat Koperal dan pegawai Waran 2 masing-masing berumur 28 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum, selepas permohonan dibuat pegawai polis di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi polis awal pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendedahkan pegawai TUDM termasuk juruterbang terbabit dalam kes penyeludupan dadah membabitkan jumlah yang besar.

Beliau berkata, kes berkenaan amat membimbangkan, sekali gus memberi amaran tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit tanpa mengira pangkat.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata lima pegawai TUDM antara 11 suspek ditahan di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit pengedaran 96.64 kilogram (kg) dadah dengan menggunakan aset TUDM, baru-baru ini.

Katanya, 11 individu termasuk enam orang awam itu diberkas susulan penemuan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4.83 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini