Sentuhan Kien Keat nyala semangat Sze Fei-Izzuddin

Sentuhan Kien Keat nyala semangat Sze Fei-Izzuddin

PADA suku akhir, esok, bekas beregu No. 1 dunia itu akan menghitung pertemuan dengan Cho Song Hyun-Lee Jongmin dari Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran legenda badminton negara, Koo Kien Keat sebagai pembimbing sementara terbukti memberi suntikan keyakinan kepada beregu profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani dalam kempen Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, semalam.

Sze Fei–Izzuddin tampil dengan permainan lebih kemas, yakin dan agresif apabila menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard–Mads Vestergaard 21-15, 21-13 dalam masa 38 minit, sekali gus membalas kekalahan mereka di pusingan sama pada edisi tahun lalu.

Kemenangan straight set itu bukan sekadar mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua, malah mencerminkan perubahan ketara daripada segi kekuatan mental dan pendekatan taktikal hasil bimbingan bekas pemain beregu nombor satu dunia tersebut.

Sze Fei berkata, beliau amat menghargai peluang yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sebagai sebahagian persiapan menghadapi kejohanan bertaraf Super 1000 itu.

“Saya mahu ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada BAM dan juga Kien Keat kerana membantu kami dari segi persiapan yang lebih baik,” kata Sze Fei kepada pemberita di Axiata Arena, semalam.

Sementara itu, Izzuddin berkata, Kien Keat memberi input yang sangat penting untuk beliau bersama pasangan dalam merancang permainan mahupun di luar gelanggang.

“Saya rasa input utama beliau lebih kepada aspek mental, bukan sahaja perancangan permainan, tetapi cara kami berfikir dan membuat persiapan sebelum kejohanan,” kata Izzuddin.

Kien Keat dilihat berada di belakang gelanggang sebagai jurulatih kepada Sze Fei–Izzuddin pada aksi pusingan pertama di Axiata Arena, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×