Aaron-Roy King tempah slot separuh akhir di Kumamoto

Aaron-Roy King tempah slot separuh akhir di Kumamoto

AARON Tai (kiri) bersama gandingan baharunya Yap Roy King. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King terus mempamerkan prestasi konsisten selepas membenam pasangan No. 15 dunia, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan pada suku akhir Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, hari ini.

Aaron-Roy King yang menghuni ranking ke-57 dunia itu mengejutkan beregu dari Taiwan tersebut menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-12 dalam masa 28 minit.

Kemenangan itu meletakkan Aaron-Roy King kini mendahului Jhe Huei-Po Hsuan dengan rekod pertemuan 1-0.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada separuh akhir, esok, Aaron-Roy King bakal menghitung pertemuan dengan beregu No. 14 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard yang mengetepikan wakil tuan rumah, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 21-14, 21-14 dalam masa 38 minit.

Beregu Malaysia itu tidak mempunyai rekod pertemuan berdepan Lundgaard-Vestergaard dalam lima kejohanan yang mereka sertai sejak digandingkan bersama, bulan lalu.

Dalam perjalanan ke separuh akhir Jepun Masters, Lundgaard-Vestergaard berjaya menyingkirkan dua beregu negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong di pusingan awal dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada peringkat 16 terbaik.

Hanya Aaron-Roy King yang mampu menjawab sama ada mereka bakal menjadi beregu ketiga Malaysia gagal di tangan Lundgaard-Vestergaard atau menyekat kemaraan wakil Eropah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini