Disangka manisan rasgulla, lelaki maut bom meletup dalam mulut

Disangka manisan rasgulla, lelaki maut bom meletup dalam mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki di India maut selepas sebiji bom buatan sendiri yang disangka manisan tradisional meletup ketika dimasukkan ke dalam mulutnya.

Mangsa, Rajendra Barautiya, 35, sedang berkumpul bersama penduduk kampung di sekitar unggun api pada Selasa di daerah Dindori, negeri Madhya Pradesh, apabila seorang lelaki membawa bahan letupan itu sebelum seorang lagi memberikannya kepada mangsa.

Bom berkenaan dipercayai menyerupai rasgulla, manisan tradisional India berbentuk bulat, lembut dan disaluti sirap gula yang lazimnya dimakan sebiji tanpa dipotong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut polis, bahan letupan buatan sendiri itu digunakan sesetengah masyarakat luar bandar untuk membunuh babi hutan dengan memasukkan serbuk letupan ke dalam bebola doh.

Serbuk letupan itu biasanya diperoleh daripada mercun atau kuari.

“Bom yang digunakan sesetengah masyarakat peribumi di kawasan itu untuk membunuh babi hutan diberikan kepada lelaki berkenaan sebelum meletup di dalam mulutnya,” kata pegawai polis, Rekha Singh kepada AFP.

Barautiya dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah, namun gagal diselamatkan.

Polis menahan dua lelaki berhubung kejadian itu dan mendakwa mereka atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

“Kami belum mengetahui sama ada perbuatan itu bertujuan membunuh atau sekadar perbuatan nakal. Perkara itu masih dalam siasatan,” kata Singh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini