Malaysia, Kanada perluas Kerjasama perdagangan dan pelaburan

Malaysia, Kanada perluas Kerjasama perdagangan dan pelaburan

ANWAR Ibrahim berjalan bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Manila, Filipina. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh persahabatan demi manfaat serta kemakmuran kedua-dua negara terutama dalam aspek perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut ditegaskan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya Mark Carney semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila Filipina.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi.

“Saya turut berkongsi perkembangan ekonomi Malaysia serta meneroka potensi kerjasama baharu, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Kanada,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini