Armand Azha perlu berani jelaskan dana RM50 juta bayar denda Najib Razak  - AMK

Armand Azha perlu berani jelaskan dana RM50 juta bayar denda Najib Razak  – AMK

MUHAMMAD IMAN HAZIQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu Datuk Armand Azha Abu Hanifah menjelaskan secara terperinci mengenai dana RM50 juta diperoleh UMNO untuk membayar denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, Armand Azha perlu berani untuk berbuat demikian walaupun kemungkinan besar akan lebih ‘kepanasan’ untuk menjelaskan mengenai sumber mana yang diperoleh untuk menyediakan dana tersebut untuk membolehkan Najib Razak mendapat tahanan rumah.

“Kami mendapat maklumat bahawa banyak pihak yang menderma untuk dana berkenaan sedang berada dalam kerisauan dan kegelisahan sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan audit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kami turut mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Armand Azha, termasuk konco-konconya dalam UMNO akan turut merasa lebih kepanasan untuk menceritakan sumber mana yang mereka gunakan untuk membayar denda RM50 juta itu,” jelasnya hari ini.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Subang itu menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘strawberi’ dan ‘koyak’ ketika kempen PRN Melaka.

Terdahulu, bekas Ahli parlimen DAP, Tony Pua menggesa BNM dan SPRM mengaudit dana RM50 juta diperoleh UMNO untuk membayar denda yang dikenakan terhadap Najib Razak.

Mengulas lanjut, Muhammad Iman berkata, pihaknya berharap agar Armand Azha segera bertaubat untuk menggunakan kata-kata cacian dan memaki pemimpin negara sebaliknya melihat dahulu diri sendiri sebelum melemparkan kata-kata negatif terhadap orang lain.

“Jangan terlalu mendabik dada apabila menang pilihan raya. Sebab dulu masa berada di ‘bawah’, hilang dari radar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini