Rampasan aset RM400j mafia korporat bukti ketegasan kerajaan Madani, Rafizi perlu henti kritik - AMK

Rampasan aset RM400j mafia korporat bukti ketegasan kerajaan Madani, Rafizi perlu henti kritik – AMK

ANWAR Ibrahim menjawab soalan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan ‘mafia korporat’ membuktikan ketegasan kerajaan Madani dalam menyelesaikan isu tersebut.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias berkata, pada masa sama, kejayaan tersebut akan membuatkan pemimpin parti Kancil, Datuk Seri Rafizi Ramli menjadi ‘terkedu’ dan berhenti mengkritik mengenai isu tersebut selepas kerajaan Madani mengambil langkah yang tegas untuk menyelesaikannya.

“Rafizi juga perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut daripada hanya melalak di luar dan menjadikan isu tersebut sebagai modal politik beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nampaknya Rafizi kena cari modal politik yang baru selepas kerajaan berjaya menyelesaikan isu mafia korporat dengan rampasan aset lebih RM400 juta, terutama selepas parti Kancil terhimpit dengan bebas isu khalwat Nik Nazmi Nik Ahmad,” katanya hari ini.

AMIRA ALIAS

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis telah merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan ‘mafia korporat’ melibatkan penyalahgunaan kuasa menekan ahli perniagaan menjual saham syarikat pada harga di bawah pasaran.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, jelas Saifuddin, 70 akaun dagangan saham bernilai RM323.59 juta dan 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta dibeku atau disita sebagai sebahagian siasatan.

Tambah Saifuddin, polis turut membekukan atau menyita lapan hartanah, 11 kenderaan, dan 417 akaun sistem depositori pusat (CDS).

Mengulas lanjut, Amira berkata, pihaknya tidak akan menghiraukan apa jua isu baharu yang akan dibawa Rafizi kerana ia tidak lebih daripada modal politik untuk meracun pemikiran rakyat.

“Adalah lebih baik untuk AMK menumpukan kepada menjelaskan kepada rakyat mengenai prestasi kerajaan Madani sepanjang lebih empat tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini