KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membuka 100 kertas siasatan berhubung aktiviti perlombongan haram di negeri ini dalam tempoh 2024 hingga bulan lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kes diselesaikan manakala bakinya masih dalam
.
“Kejayaan ini hasil 104 operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan oleh agensi kerajaan negeri bersama pasukan keselamatan,”’ katanya semasa menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (Pas-Chempaka) pada Persidangan Kali Ketiga Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.
Mohamed Fadzli berkata, di bawah Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001, kerajaan negeri menyita jentera, tapak perlombongan dan memusnahkan peralatan mendulang haram.
Katanya, selain itu penahanan dan pendakwaan pihak yang menceroboh dilakukan.
“Kadar denda dan kompaun juga ditingkatkan bagi kesalahan berulang untuk memberi kesan pengajaran.
“Kawalan pencegahan turut diperkukuh menerusi pemasangan papan tanda amaran dan pemantauan udara menggunakan teknologi dron di kawasan berisiko tinggi,” ujarnya. – UTUSAN











