Arif Aiman jadi tumpuan Anugerah AFC

Arif Aiman jadi tumpuan Anugerah AFC

Cklamovski mengakui ketiadaan Arif Aiman memberi kesan kepada permainan Harimau Malaya, namun beliau gembira apabila barisan pemain lain menunjukkan kerjasama berpasukan yang bagus untuk meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi bakal melengkapkan reputasinya selaku antara bintang bola sepak Asia pada Anugerah Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang berlangsung esok.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 23 tahun itu dicalonkan dalam kategori Pemain Terbaik Tahunan bersama dua lagi pemain handalan Asia iaitu Akram Afif dari Qatar dan bintang utama Arab Saudi, Salem Al-Dawsari.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain yang disenarai pendek. Kami tidak sabar untuk meraikan pemain lelaki dan wanita yang menyumbang impak besar kepada generasi akan datang.

“Terima kasih kepada semua badan induk setiap negara di bawah AFC kerana terus beri inspirasi dan dedikasi untuk memacu kecemerlangan setiap tahun,” kata Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.

Untuk rekod, Arif Aiman merupakan pemain pertama Malaysia yang tersenarai dalam tiga calon terakhir untuk merebut anugerah berkenaan.

Pemilihan Arif Aiman itu pastinya terhasil daripada kejayaannya membantu skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu apabila mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

Walaupun Akram dan Salem dilihat sebagai calon pilihan, pencalonan Arif Aiman kali ini dijangka mengubah suasana arena bola sepak Malaysia yang kini dipalit dengan hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN