Tiga juta rakyat bakal jadi penganggur – Ku Li - Utusan Malaysia

Tiga juta rakyat bakal jadi penganggur – Ku Li

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemampuan dan kebolehan pemimpin kerajaan ketika ini bergantung kepada keupayaannya menangani isu-isu pengangguran dan ekonomi yang dijangka berdepan cabaran getir Oktober ini.

Dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan, hampir tiga juta rakyat negara ini tiada pekerjaan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Sehubungan itu, kata beliau, aspek ekonomi mesti menjadi keutamaan dalam kepemimpinan kerana negara boleh huru-hara jika tidak ditangani dengan berkesan.

“Ini masalah besar. Covid-19 mesti kita tangani, tetapi apa akan berlaku kalau 2.8 juta orang tak ada kerja? Boleh huru-hara negara. Akan berlaku jenayah, bukan kerana mereka jahat atau ganas tetapi kalau dah hidup susah macam mana?

“Kita hendak tengok apa program kerajaan (bagi menangani pengangguran dan ekonomi), itu barulah menguji kemampuan dan kebolehan seorang pemimpin,” katanya.

Ditanya pandangannya tentang survival ekonomi hingga hujung tahun ini, Tengku Razaleigh berkata, cabaran pertama adalah memperbetulkan kadar pertukaran wang supaya nilai ringgit tidak jatuh seperti sekarang.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kejatuhan nilai ringgit boleh menyebabkan hutang negara bertambah kerana ia dalam bentuk tunai dolar Amerika Syarikat.

“Kalau kita boleh baiki ini, insya-Allah boleh kita baiki keseluruhan dari segi pekerjaan, pelaburan dan sebagainya. Kalau kita duduk main sikit-sikit seperti tikus baiki labu, susah.

“Ini seperti beri Bantuan Prihatin Nasional, sikit-sikit tak ke mana. Bolehlah kita tolong dan patut kita tolong rakyat yang susah, tetapi apakah itu akan membantu rakyat untuk jangka panjang?,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya