Pelajar pengsan ketika perhimpunan meninggal dunia di hospital

Pelajar pengsan ketika perhimpunan meninggal dunia di hospital

Pelajar meninggal dunia
Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang murid lelaki yang pengsan ketika mengikuti perhimpunan dekat sebuah sekolah di Kapar, Klang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikatakan rebah ketika sesi perhimpunan sekolah berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, pelajar tahun enam itu kemudian dibawa ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

“Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika perhimpunan di sekolah terbabit sebelum dibawa ke HTAR untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Vijaya Rao, bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan kerana masih menunggu laporan lengkap makmal dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN