PM Anwar zahir ucapan takziah kepada Nik Nazmi atas pemergian ibu

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada Nik Nazmi atas pemergian ibu

PERDANA Menteri mendoakan semoga roh Allahyarhamah diberikan kasih dan pengampunan yang sewajarnya oleh Allah SWT. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad atas pemergian ibunya Nik Rahimah Nik Mahmood, 86, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan Nik Nazmi dan seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan serta kecekalan yang tinggi dalam melalui saat pilu kehilangan insan tersayang.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga roh Allahyarhamah diberikan kasih dan pengampunan yang sewajarnya oleh Allah SWT.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, berita pemergian ibu Nik Nazmi dikongsikan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara pada 10 pagi tadi.

Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu sebelum ini kehilangan bapanya Nik Ahmad Nik Hassan, 96, yang meninggal dunia pada 14 Okt lepas. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini