Debut pada usia muda, 5 bintang Korea membesar di depan kamera - Utusan Malaysia

Debut pada usia muda, 5 bintang Korea membesar di depan kamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memulakan kerjaya lakonan sejak kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara yang mudah apatah lagi perlu mengorbankan masa dalam pelajaran dan kehidupan peribadi demi tuntutan kerja dalam dunia hiburan pada usia muda.

Namun, terdapat beberapa bintang Korea Selatan berjaya membuktikan bahawa pengalaman berlakon sejak kecil menjadi kelebihan untuk membina kerjaya yang lebih kukuh dalam persada seni.

Malah, ada antara mereka yang terus mengekalkan populariti sehingga kini dan berjaya menggalas watak utama dalam drama serta filem popular.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikut lima bintang Korea yang membesar di hadapan kamera dan masih aktif mencipta nama dalam industri hiburan:-

Moon Ga Young

Moon Ga Young mula membina kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia sekitar 10 tahun, pada 2006 selepas kembali menetap di Korea Selatan bersama keluarganya.

Pelakon kelahiran Jerman itu membuat penampilan dalam filem Bloody Reunion sebelum meneruskan kerjaya menerusi pelbagai drama dan filem.

Pengalaman sejak kecil membantunya mengembangkan kemampuan lakonan sehingga diberikan watak utama dalam drama Mimi pada 2014. Kemudian, namanya semakin mendapat perhatian menerusi drama Tempted, Find Me in Your Memory dan True Beauty.

Kim So Hyun

Dilahirkan pada 1999, Kim So Hyun membuat penampilan awal menerusi drama Drama City pada 2007 sebelum semakin dikenali menerusi drama dan Missing You.

Keupayaannya membawakan pelbagai karakter membuka peluang untuk menggalas watak utama menerusi drama Who Are You: School 2015, Love Alarm dan River Where the Moon Rises.
So Hyun berjaya membina reputasi sebagai antara bekas pelakon kanak-kanak yang terus mendapat tempat dalam industri hiburan Korea Selatan sekali gus turut memperlihatkan perkembangan kematangan lakonannya.

Kim Yoo Jung

Pelakon, Kim Yoo Jung merupakan antara bintang Korea Selatan yang memulakan kerjaya dalam industri hiburan pada usia sangat muda, iaitu empat tahun menerusi bidang pengiklanan pada 2003.

Setahun kemudian, dia mula menceburi bidang lakonan menerusi filem Demilitarized Zone sebelum membintangi karakter utama kanak-kanak dalam pelbagai drama popular. Antara drama yang terus meningkatkan popularitinya adalah Dong Yi, The Moon Embracing the Sun, Love in the Moonlight, Backstreet Rookie dan My Demon.

Yeo Jin Goo

Yeo Jin Goo mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan seawal usia lapan tahun menerusi filem Sad Movie pada 2005. Meskipun masih kecil, bakatnya sudah mendapat perhatian sehingga membuka peluang untuk membintangi pelbagai drama dan filem.

Antara lakonan awal yang melonjakkan namanya adalah drama The Moon Embracing the Sun pada 2012 apabila dia membawakan watak putera raja versi muda.

Setelah meningkat dewasa,Jin Goo terus mencabar kemampuan diri menerusi watak yang lebih kompleks, termasuk dalam filem Hwayi: A Monster Boy serta drama The Crowned Clown dan Hotel Del Luna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini