Johor benteng akhir kekuatan UMNO

Johor benteng akhir kekuatan UMNO

JOHARI Abdul Ghani bersama Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Datuk Yahya Jaafar menyanyikan lagu UMNO sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru di Hotel Opero di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru disini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor merupakan kubu akhir yang boleh menzahirkan kekuatan UMNO sebagai sebuah parti politik terbesar masyarakat Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebelum ini terdapat beberapa negeri merupakan kubu kuat parti, tetapi sebaliknya berbeza pada saat ini.

“Terahulu, Selangor dan Johor adalah kubu kuat UMNO. Pembangunan di dua negeri ini dipacu UMNO, tetapi kini Selangor tidak lagi, apatah lagi Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur.

“Namun kini, hanya tinggal Johor yang merupakan satu-satunya kubu akhir UMNO, tetapi sekiranya kita tidak berhati-hati ia juga mungkin boleh menjadi sebaliknya,” katanya ketika berucap menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, hari ini.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, UMNO perlu merangka strategi umpama sebuah pasukan bola sepak profesional sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika mahu kembali kuat.

Katanya, politik seperti bola sepak dimana ia tidak boleh lawan bersendirian sebaliknya mesti ada penyerang, pemain tengah, pertahanan, penjaga gol, pemain simpanan serta penyokong.

“Jika semua orang mahu jadi penyerang dan jaringkan gol, satu pasukan akan bermasalah, sebaliknya jika semua pihak main peranan masing-masing, kita boleh menang.

“Buktinya dalam PRU15 lalu, kemenangan di Parlimen Titiwangsa bukan kemenangan saya seorang, tetapi adalah kemenangan pasukan UMNO Titiwangsa,” katanya.

Katanya, perumpamaan politik sama dengan pasukan bola sepak relevan kerana akhirnya matlamat adalah kemenangan pasukan, bukan individu.

“Mungkin kita tidak akan nampak hasil dan menang dalam PRU16, tetapi tidak mustahil kita berjaya dalam PRU17, PRU18 atau seterusnya. Kerana pada akhirnya orang ramai tidak akan ingat siapa yang menang, tetapi pasukan mana atau parti mana yang menang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN