Tujuh warisan kekal rakyat Malaysia, boleh beraksi di Liga M

Tujuh warisan kekal rakyat Malaysia, boleh beraksi di Liga M

warisan
HUKUMAN terhadap tujuh pemain warisan berakhir, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status tujuh pemain warisan kekal sebagai rakyat Malaysia selepas tempoh penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berakhir, semalam.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua wakil kelab Liga Malaysia (Liga M) ketika perbincangan meja bulat pada April lalu.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd juga sudah menjelaskan situasi berkenaan, sekali gus menolak sebarang kekeliruan berhubung status mereka sebagai rakyat negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti yang saya katakan di peringkat MFL, masa meja bulat pun kita sudah nyatakan. Shazli pun sudah mengatakan bahawa mereka ini rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Perkembangan itu kembali menjadi perhatian selepas tular surat MFL di media sosial yang memaklumkan tujuh pemain terbabit dibenarkan kembali menyertai aktiviti bola sepak bermula 1 November 2026, susulan berakhirnya hukuman penggantungan FIFA selama 12 bulan berhubung kes pemalsuan dokumen tahun lalu.

Pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Hevel.

Berakhirnya tempoh hukuman itu membuka laluan buat mereka kembali menyertai pertandingan bersama kelab masing-masing dalam saingan domestik.

Tiga pemain iaitu Irazabal, Figueiredo, Hevel kini hanya menunggu masa untuk kembali memperkuatkan Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Holgado dikaitkan dengan kemungkinan menyertai DPMM FC.

Bagaimanapun, kebenaran untuk kembali beraksi di peringkat kelab tidak bermakna mereka secara automatik layak mewakili skuad kebangsaan kerana perkara itu masih tertakluk kepada peraturan serta keputusan FIFA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini