PN mampu bertahan atau tidak? - Utusan Malaysia

PN mampu bertahan atau tidak?

ANDAI kata Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) boleh bersatu, maka rakyat akan lebih mudah menyokong kedua-dua komponen tersebut. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini sangat kritikal kepada Perikatan Nasional (PN) yang bakal menjadi penanda aras sama ada mampu bertahan atau sebaliknya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sekiranya PN sekali lagi tewas teruk sebagaima yang berlaku dalam PRN Melaka baru-baru ini, gabungan tersebut perlu mencari rakan-rakan baharu bagi memberi tentangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU15.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rusdi Omar berkata, BN masih mempunyai kelebihan besar membentuk kerajaan di Johor dengan dijangka mampu memenangi lebih 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN tersebut.

Katanya, PN khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula diramal berdepan laluan sukar dengan peluang menang berkemungkinan di bawah 10 kerusi.

Jelasnya, BN dilihat masih mendahului dan situasi di dalam PRN Melaka dijangka berulang di Johor dengan memiliki kelebihan membentuk kerajaan melalui majoriti lebih selesa.

“PRN Johor sangat penting kepada PN menguji kekuatan mereka sebelum menghadapi cabaran lebih besar di dalam PRU-15. Johor bakal menguji dan menjadi penanda aras kepada PN sama ada mampu bertahan atau sebaliknya.

“Jika PN masih kalah teruk, mereka perlu bergabung dengan parti-parti lain di dalam PRU-15. Peluang Pas di Johor pula dilihat lebih sukar dan berkemungkinan tewas semua kerusi yang ditandingi mereka,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, BN dijangka menang PRN Johor Sabtu ini dengan menguasai sekurang-kurangnya 28 kerusi DUN selepas pelbagai isu berjaya ditangani sejak kempen bermula 26 Februari lalu.

Utusan Malaysia difahamkan parti yang paling lama memerintah negara itu dijangka mampu meraih antara 30 hingga 34 kerusi namun berdepan laluan sukar mencapai majoriti dua pertiga 38 kerusi ekoran tentangan hebat daripada parti-parti pembangkang.

Tambah Rusdi, pengundi akan memilih parti yang diyakini mampu membawa kestabilan kepada kerajaan negeri Johor dan BN mempunyai kelebihan cukup besar.

“Rakyat sudah melihat pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), PN dan BN seterusnya akan membandingkan yang mana terbaik. BN berdasarkan pengalaman puluhan tahun memerintah mungkin menjadi pilihan terbaik.

“Bagaimanapun, pengundi muda bakal menjadi cabaran kerana pilihan mereka sukar diramal selain pengundi luar. Jika peratusan keluar mengundi bawah 70 peratus, sememangnya memberi kelebihan kepada BN.

“PH pula dijangka mampu menang di kerusi-kerusi bandar yang mempunyai majoriti pengundi campuran namun membentuk kerajaan dijangka sukar,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya