Dikatakan pelakon ‘kayu,’ Jazmy Juma tidak kecil hati - Utusan Malaysia

Dikatakan pelakon ‘kayu,’ Jazmy Juma tidak kecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jazmy Juma, 28,  tidak terasa hati dengan komen netizen yang berpandangan dia lebih ‘kayu’ dari seorang pelakon yang ada di Malaysia.

Malah Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan mengambil komen tersebut sebagai perkara bermanfaat untuk memperbaiki semua kekurangan termasuk kualiti lakonannya.

“Saya gembira kerana ada netizen komen tentang saya lebih-lebih yang menyentuh keburukan saya kerana tak semua orang nak berlaku jujur dengan kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibaratnya sahabat kita memberitahu kita tentang kelemahan diri sendiri, saya sangat bersyukur dengan perkara itu kerana bukan semua berani nak berkata perkara yang benar.

“Sekurang-kurangnya, komen netizen itu menyedarkan saya yang lakonan saya ini belum cukup mantap dan kerana itu saya kena lakukan suatu, belajar lebih lagi untuk memperbaiki kelemahan,” katanya semasa sidang media drama Dua Nyawa di Pavilion Damansara Heights, semalam.

Jazmy dalam sebuah rancangan podcast baru-baru ini, membaca komen berbaur sindiran yang mengatakan lakonan beliau lebih kayu daripada seorang pelakon yang tidak disebutkan namanya.

Jazmy dalam masa yang sama enggan berada di dalam zon selesa dengan menapis semua komen negatif yang ditujukan kepada nya.

“Saya tak mahu duduk dalam zon selesa. Kalau saya selesa, abaikan kritikan netizen, saya rugi.

“Keadaan ini ibarat kita tak akan melihat salah sendiri melainkan cermin (diri sendiri) dan orang lain yang bercakap,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon yang sedang meledak menerusi drama Yes Kapten Zul Aryan itu bersyukur kerana Allah menggerakkan hati individu terbabit untuk melontar komen demikian.

“Saya bersyukur kerana Allah yang gerakkan dia untuk bercakap begitu, yang mengingatkan saya bahawa lakonan saya belum cukup bagus. Di mata segelintir orang saya okey, tapi segelintir yang lain saya masih banyak kelemahan,” kongsinya.

Jazmy bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen yang bersifat kasar yang dilakukan bertujuan untuk memburuk-burukkan dia.

“Wajarlah untuk kita abaikan kata-kata kasar yang ditujukan kepada kita. Tapi kalau sekadar dikatakan pelakon ‘kayu’, saya tidak terasa hati kerana komen begitu bagus untuk saya perbaiki diri.

“Melainkan ianya kecaman dan penghinaan, barulah saya merasakan perlunya untuk saya abaikan komen-komen seperti itu,” katanya lagi.

Drama 12 episod, Dua Nyawa yang diarahkan Riza Baharudin turut menampilkan Puteri Balqis, Zharif Ghazzi dan ramai lagi sebagai pelakon utama. Ianya akan ditayangkan pada 13 November ini di platform IQIYI.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini