Tiada keperluan parti orang muda - MB Johor - Utusan Malaysia

Tiada keperluan parti orang muda – MB Johor

PENGARAH IWH, Datuk Mohd. Noorazam Osman (tiga dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif MCC Singapura, Tan Zhiyong (kanan) yang berada di Singapura pada Majlis Memeterai Perjanjian Bagi Pembangunan Hartanah di Iskandar Malaysia antara Iskandar Waterfront Holdings dan MCC Singapura secara persidangan video sambil diperhatikan Hasni Mohammad (dua dari kiri) dan Naib Pengerusi IWH, Tan Sri Lim Kang Hoo di Johor Bahru semalam. - FOTO/RAJA JAAFAR RAJA ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiada tiada keperluan untuk penubuhan sebuah parti politik khusus untuk orang muda. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad menegaskan, suara dan kepentingan generasi muda sentiasa diberi keutamaan di dalam parti politik sedia ada termasuk dalam BN sendiri.

“Kita tidak mahu menghantar mesej yang salah, kita hormat kebebasan mana-mana individu untuk menubuhkan parti politik namun di Johor, tiada keperluan untuk berbuat demikian. 

“Ini kerana bagi BN Johor, kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan orang muda (setiap parti mempunyai sayap pemuda) termasuklah MCA dan MIC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Memeterai Perjanjian Pembangunan Hartanah di antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan Metallurgical Corporation of China Bhd. (MCC) Singapura di sini hari ini. 

Beliau diminta mengulas hasrat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menubuhkan parti khusus orang muda. 

Dalam pada itu, Hasni menambah, suara generasi muda sentiasa didengari dan tindakan sedemikian hanya akan melagakan-lagakan pihak terlibat. 

“Kegagalan sesebuah parti menguruskan kerjasama dengan orang muda tidak boleh dijadikan asas untuk tubuhkan parti orang muda.

“Jika ditubuhkan parti tertentu (parti orang muda), nanti akan ada pihak mahu tubuhkan parti orang tua dan parti wanita sahaja,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya