Trak makanan elektrik (EV) dilancarkan, perkukuh ekosistem pengangkutan hijau

Trak makanan elektrik (EV) dilancarkan, perkukuh ekosistem pengangkutan hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trak makanan elektrik (EV) pertama di Malaysia di lancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai sebahagian langkah bagi memperkukuh ekosistem pengangkutan hijau.

Pengenalan trak makanan EV sempena pameran Taste & Trade 360 (TT360) 2026 itu juga dilihat sebagai alternatif ketika pengusaha sektor makanan dan minuman (F&B) berdepan tekanan akibat peningkatan kos operasi serta kekangan tenaga kerja.

Pameran selama tiga hari di KLCC itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, dengan menampilkan 260 reruai pameran membabitkan pembekal tempatan dan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trak makanan EV berkenaan, yang dikuasakan oleh X-Miles menerusi kerjasama dengan Chery, menggabungkan teknologi kenderaan elektrik dengan kemudahan dapur komersial dalam sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ping Edge Sdn Bhd, Ethan Choong, peningkatan kos, cabaran tenaga kerja dan perubahan trend pengguna memaksa pemain industri F&B menilai semula kaedah pengoperasian mereka.

“Industri makanan dan minuman tidak boleh terus berada pada takuk lama apabila peningkatan kos, kekangan tenaga kerja serta perubahan jangkaan pengguna memaksa pengusaha menilai semula kaedah operasi perniagaan masing-masing.

“Teknologi bukan lagi sekadar pilihan untuk masa hadapan, sebaliknya semakin menjadi keperluan bagi memastikan perniagaan kekal berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TT360 turut mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan merangkumi keseluruhan rantaian bekalan industri F&B, termasuk peralatan dapur komersial, bahan ramuan makanan, reka bentuk dapur, perkhidmatan pensijilan serta teknologi peruncitan.

Pameran itu turut disertai peserta dan pempamer dari China, Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Itali, selain syarikat tempatan, sekali gus menyediakan platform kepada pemain industri untuk mendapatkan produk serta menjalinkan hubungan dengan bakal pembekal dan rakan niaga.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini