Malaysia tak sekat pelaburan AS, China - Utusan Malaysia

Malaysia tak sekat pelaburan AS, China

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Malaysia tidak berhasrat untuk menyekat peluang pelaburan kepada Amerika Syarikat (AS) China atau mana-mana negara dalam sektor strategik seperti kecerdasan buatan (AI) dan cip semikonduktor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Malaysia itu telah dimaklumkan kepada AS melalui penggilan telefon dengan Setiausaha Negara, Marco Rubio, semalam.

Beliau berkata, panggilan itu antara lain membincangkan persiapan sekiranya berlaku pertemuan antaranya dengan Presiden, Donald Trump di Manila atau Shanghai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, AS menyuarakan hasrat supaya peluang pelaburan syarikatnya dalam sektor AI dan cip tidak digugat negara lain.

“Desakan mereka adalah supaya peluang untuk pelaburan AS terutama untuk AI dan cip itu tidak digugat oleh mana-mana negara lain. Saya kata memang kita tak campur dari sudut keputusan masing-masing negara,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menengaskam bahawa Malaysia kekal dengan dasar terbuka tanpa memihak kepada mana-mana negara termasuk melibatkan pelaburan syarikat gergasi seperti Google yang menambah pelaburannya mencecah USD15 bilion (RM61 bilion) baru-baru ini.

Namun, beliau berkata, syarikat itu perlu menanggung sendiri keperluan bekalan air, latihan serta kemudahan universiti.

“Kerana umpamanya Google telah melabur USD 15 bilion dolar dan itu akan dipercepatkan dalam tempoh 2 tahun. Syarat kita; bekalan air, latihan, kemudahan di universiti itu semua ditampung oleh syarikat itu sendiri.

“Jadi saya bagi tahu itu, tapi bagi ruang kepada Amerika, tapi tidak menyekat umpamanya kegiatan negara China atau negara-negara lain,” katanya.

Beliau juga berkata, pendirian sama turut terpakai dalam sektor unsur nadir bumi (REE) dengan syarat pemprosesan dilakukan dalam negara, mematuhi peraturan tempatan dan tidak digunakan bagi menghasilkan peralatan persenjataan yang boleh mengancam keselamatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini