Gelombang biru di AS menifestasi tolak keganasan, perkauman

Gelombang biru di AS menifestasi tolak keganasan, perkauman

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Gelombang biru di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan besar Parti Demokrat dalam pilihan raya separuh penggal merupakan manifestasi rakyat menolak Islamofobia, politik perkauman dan peperangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau secara peribadi senang dengan perkembangan itu kerana mesej disampaikan rakyat AS adalah menolak keganasan, kebencian yang melampau terhadap kelompok minoriti termasuk Islam.

Katanya, itu yang menyebabkan rakyat AS menoktahkan politik bersifat demikian kerana ia tidak matang dan waras.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada orang kata di sini kononnya (kemenangan Parti Demokrat) gelombang biru (di AS), (tetapi) mesejnya (rakyat) menentang keganasan, kebencian kaum.

“Ini reaksi rakyat yang benci dengan permainan kaum berlebihan, tanam kebencian terhadap golongan minoriti, dengan umat Islam, tanam kebencian terhadap kaum-kaum lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya di AS supaya membersihkan negara daripada kerakusan dan rasuah dalam pentadbiran.

“Apa yang kita belajar (susulan kemenangan Parti Demokrat)? Ia mengajar supaya jadi manusia baik, bersihkan negara daripada kerakusan dan rasuah. Ini asyik bercakap soal bangsa tetapi rasuah?,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, susulan kemenangan itu, beliau berharap ia dapat meredakan ketegangan geopolitik antarabangsa yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini.

“Tentulah kita juga senang beberapa calon-calon yang saya kenal (secara) peribadi pun ada (menang) dan juga yang mewakili golongan minoriti, umat Islam, tapi itu keputusan (rakyat) Amerika Syarikat.

“Tetapi saya lihat umpamanya untuk dunia ini sekurang-kurangnya bagi mesej yang lebih baiklah kerana kebanyakannya (rakyat AS) menentang serangan dan permusuhan terhadap Islam atau permusuhan terhadap Iran.

“Jadi ini mudah-mudahan dapat meredakan ketegangan politik geopolitik antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, hubungan Malaysia dengan pentadbiran AS ketika ini, diteruskan seperti biasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini