Zeekr, EON jalin kerjasama perluas rangkaian EV di Lembah Klang - Utusan Malaysia

Zeekr, EON jalin kerjasama perluas rangkaian EV di Lembah Klang

EDDY Lu (dua dari kiri) bersama Akkbar Danial (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pengedar antara Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) dan EON Berhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) memeterai Perjanjian Pengedar bersama Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) bagi memperluas rangkaian peruncitan dan perkhidmatan selepas jualan kenderaan elektrik (EV) di Lembah Klang.

Kerjasama strategik itu bertujuan memperkukuh kebolehcapaian pelanggan terhadap portfolio EV mewahnya yang merangkumi model Zeekr X, Zeekr 009 dan Zeekr 7X.

Menerusi fasa pertama kerjasama, EON bakal mengendalikan kedai pop-up Zeekr di AEON Mall Shah Alam seluas 1,340 kaki persegi yang dijangka mula beroperasi pada Oktober 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fasa seterusnya pula akan menyaksikan pembinaan pusat sehenti Zeekr House Glenmarie yang mengintegrasikan perkhidmatan jualan, penyerahan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan di bawah satu bumbung menjelang suku pertama 2027.

Kedai pop-up tersebut bertindak sebagai titik sentuhan awal sementara fasiliti tetap di Glenmarie siap sepenuhnya bagi menyokong ekosistem pemilikan EV yang lebih komprehensif.

Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, kerjasama dengan EON bukan sekadar memperluas rangkaian peruncitan, sebaliknya turut memberi tumpuan kepada pengalaman pemilikan pelanggan.

“Dengan pengalaman luas EON dalam sektor automotif dan fokus terhadap pelanggan, kami berharap dapat mengukuhkan kehadiran Zeekr serta menyokong pertumbuhan berterusan jenama ini di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial berkata, pihaknya akan membangunkan ekosistem yang menggabungkan teknologi dan inovasi Zeekr dengan tahap perkhidmatan serta sokongan pelanggan EON.

“Kerjasama itu akan membolehkan pelanggan menikmati sokongan sepanjang proses pemilikan kenderaan, daripada pembelian sehingga perkhidmatan selepas jualan,” katanya.

Fasa seterusnya menyaksikan pembinaan Zeekr House Glenmarie yang dijangka siap pada suku pertama 2027.

Kemudahan berkenaan akan menggabungkan perkhidmatan jualan, penyerahan kenderaan dan selepas jualan di bawah satu bumbung bagi menyediakan kemudahan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan.

Kewujudan premis tetap itu akan memperkukuh akses pelanggan kepada perkhidmatan jenama berkenaan selain menyokong ekosistem pemilikan EV yang lebih komprehensif di Lembah Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×