Guni pasir jadi benteng daripada ditembak Zionis - Utusan Malaysia

Guni pasir jadi benteng daripada ditembak Zionis

Seorang wanita Palestin meratap jenazah ahli keluarganya yang terbunuh akibat serangan tentera Zionis di Gaza, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk Gaza yang terpaksa berlindung di khemah-khemah pelarian terpaksa mengisi pasir dalam guni bantuan kemanusiaan untuk dijadikan benteng pertahanan daripada tembakan tentera rejim Zionis.

Guni-guni itu diisi dengan pasir pantai dan disusun di depan khemah sebagai perlindungan disebabkan kem-kem pelarian mereka dijadikan sasaran tembakan oleh tentera negara haram.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shamalah berkata, penduduk Gaza terpaksa berbuat demikian di keliling khemah diduduki
sebagai perlindungan dan survival mereka daripada kekejaman berterusan Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, inisiatif itu dilakukan susulan beberapa insiden tembakan ke arah khemah penduduk di kem oelarian sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian termasuk kanak-kanak.

“Sementara itu, di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis pula hampir setiap hari menerima mangsa cedera akibat tembakan.

“Menara ketenteraan dan kenderaan tentera Zionis yang ditempatkan di sepanjang kawasan yang diwartakan sebagai Garisan Kuning terus melepaskan tembakan secara langsung ke arah khemah-khemah penempatan pelarian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, selain musim sejuk sekitar lima Celsius pada waktu malam dengan hujan lebat, pela­rian Gaza terpaksa menghadapi realiti itu yang terus mengancam kewujudan mereka.

Katanya, dalam keadaan daif dengan khemah perlindungan koyak dan dibanjiri air apabila hujan lebat, kehidupan penduduk Gaza kian terhimpit kerana ketiadaan bantuan kemanusiaan, sumber makanan dan minuman terhad dan sistem kesihatan rapuh akibat kekejaman Zionis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini