Kempen 'baju hijau' ingati rakyat Palestin

Kempen ‘baju hijau’ ingati rakyat Palestin

ANTARA peserta kempen yang berkongsikan gambarnya sambil menunjukkan menunjukkan simbol 'P' menggunakan jari sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen memakai pakaian berwarna hijau diadakan hari ini sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin menerusi kempen Wear Green for Palestine (WGF 2026).

Penggerak kempen WGF, Mohamad Efan Fazril Zahari dan Rosahdan Md. Aziz berkata, kempen tersebut bertujuan mengajak masyarakat untuk terus menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan tidak melupakan penderitaan mereka.

Menurutnya, kempen tersebut yang mula diperkenalkan pada 2023 itu juga diadakan selepas isu Palestin dilihat semakin berkurangan walaupun penderitaan rakyat negara itu masih berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kami mengambil keputusan untuk menghidupkan semula kempen ini pada 2026 sebagai usaha mengajak orang ramai terus bercakap dan menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

“Kami tidak mahu Palestin dilupakan begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Malah, jelasnya pemilihan 15 November sebagai tarikh kempen juga mempunyai signifikan sejarah kerana memperingati pengisytiharan kemerdekaan Palestin pada 15 November 1988 Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers, Algeria.

Tarikh itu menjadi antara detik penting dalam perjuangan rakyat Palestin yang menuntut kebebasan, kemerdekaan dan hak menentukan masa depan mereka sendiri.

Dalam pada itu, mereka turut merakamkan penghargaan kepada beberapa selebriti tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bella Astillah dan Zizi Kirana yang membantu menyebarkan mesej kempen menerusi perkongsian di media sosial.

Katanya, sokongan turut diterima daripada beberapa selebriti lain menerusi platform Instagram dan Threads.

“Lebih membanggakan, kempen berkenaan mendapat penyertaan melangkaui Malaysia apabila individu dari Australia, Indonesia, Brunei, Singapura, Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Kanada dan Jepun turut berkongsi mesej solidariti.

“Kami pada awalnya tidak menjangkakan penyertaan seluas ini, namun satu atau dua hari sebelum kempen berlangsung, semakin ramai mula berkongsi hantaran mengenainya. Kami amat terharu apabila melihat mesej solidariti ini merentasi sempadan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini