Sulaiman tidak pertahan Lendu, Idris cakap ‘tunggu dulu’ - Utusan Malaysia

Sulaiman tidak pertahan Lendu, Idris cakap ‘tunggu dulu’

SULAIMAN Md. Ali dan Idris Haron
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya pada pilihan raya negeri (PRN), 14 November ini.

Sulaiman mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan diri sebagai calon selepas tiga penggal mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.

“Cukup sudah saya bertan­ding,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sulaiman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah memenangi kerusi DUN Lendu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 dan berjaya mempertahankannya pada PRU14 pada 2018 dan PRN Melaka pada 2021.

Pada PRN Melaka 2021, beliau mengekalkan kerusi ber­kenaan dengan majoriti 3,104 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Mahadi dan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Asri Ibrahim.

Beliau menerajui pentadbiran kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 selepas mengangkat sumpah jawatan pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Adly Zahari.

Sulaiman sekali lagi meng­angkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada November 2021 selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRN, sebelum Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dilantik sebagai pengganti.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron enggan mengulas lanjut berhubung kemungkinan bertanding pada PRN Melaka kali ini.

Bekas ADUN Sungai Udang itu tidak memberikan sebarang petunjuk jelas mengenai keputusan atau pendiriannya berhubung perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini