Pencemaran arang batu: Kerajaan ambil tindakan tegas

Pencemaran arang batu: Kerajaan ambil tindakan tegas

PESISIRAN Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu dicemari arang batu sejak tahun lalu. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan berhubung pencemaran arang batu di Pantai Teluk Kalong, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengusaha yang gagal melaksanakan tanggungjawab membersihkan sisa arang batu di kawasan berkenaan.

Katanya, isu pencemaran yang berlarutan sejak tahun lalu itu tidak boleh dibiarkan sehingga menimbulkan tanggapan kerajaan negeri gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilik kapal dan pihak bertanggungjawab perlu membersihkan sisa arang batu, bukannya menyerahkan tugas itu kepada kerajaan dan sukarelawan.

“Pengusaha sebelum ini berjanji melaksanakan kerja pembersihan tetapi gagal berbuat demikian. Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi perjanjian,” katanya.

Jabatan Alam Sekitar menerima laporan tumpahan arang batu pada 11 Januari lalu selepas sebuah tongkang membawa kira-kira 7,000 tan metrik arang batu dari Indonesia ke Vietnam terbalik.

Pencemaran berulang pada Ogos lalu dengan masing-masing kira-kira 200 tan metrik dan 500 tan metrik sisa arang batu dikutip menerusi kerja pembersihan.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 tan metrik sisa berjaya dikutip menerusi beberapa siri gotong-royong membabitkan sukarelawan, agensi kerajaan, syarikat di Kawasan Perindustrian Kemaman serta komuniti setempat.

Bagaimanapun, kira-kira 6,000 tan metrik sisa arang batu masih dianggarkan berada di pesisir Pantai Teluk Kalong dan pemilik arang batu itu perlu dipertanggungjawabkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini