Kerajaan sedia tanah strategik 50 ekar, endowmen RM1 billion kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra

Kerajaan sedia tanah strategik 50 ekar, endowmen RM1 billion kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027 di sini hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menyediakan tanah strategik seluas 50 ekar di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 billion sebagai endowmen baharu kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah mewartakan 50 ekar tanah di Kuala Lumpur sebagai Tanah Rizab Melayu yang belum pernah dilakukan pentadbiran sebelum ini.

Katanya, Petronas kini telah memulakan pembangunan 10 ekar pertama bagi menyediakan perumahan mampu milik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasratnya adalah untuk tanah ini dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengambil kira keperluan rumah mampu milik serta kepentingan bumiputera,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kali pertama kerajaan menyediakan endowmen kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra adalah pada tahun 1978 berjumlah RM200 juta.

“Sejak 1981, tiada endowmen susulan diberikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini