KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar mengalami luka pada kepala sehingga terpaksa menerima jahitan selepas tergelincir di dalam tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Jamawi menjelaskan insiden itu berlaku akibat permukaan lantai yang licin ketika beliau menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA.
“Sebenarnya berlaku kemalangan kecil ketika saya menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA. Permukaan tandas yang licin menyebabkan saya tergelincir dan kepala terhentak ke lantai.
Beliau berkata perkongsian itu dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar selepas rakan-rakan yang melihatnya di KLIA pagi tadi dengan tuala berdarah menutupi kepala, sebelum menghubunginya menerusi panggilan telefon serta aplikasi WhatsApp untuk bertanya khabar.
“Latihan juga harus diberikan kepada kakitangan agar langkah-langkah awal rawatan kecemasan dapat dilaksanakan,” katanya dalam hantaran itu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan menyambung perjalanan pulang ke Kota Kinabalu pada petang ini selepas menempuh perjalanan jauh dari Brasilia ke Sao Paulo di Brazil sebelum ke Doha, Qatar dan KLIA.
— BERNAMA











