Tuanku Zara Salim terima anugerah Felo Kehormat Institusi Jurutera Malaysia

Tuanku Zara Salim terima anugerah Felo Kehormat Institusi Jurutera Malaysia

TUANKU Zara Salim (tengah) berkenan menerima anugerah Felo Kehormat daripada Institusi Jurutera Malaysia (IEM) di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menerima anugerah Felo Kehormat daripada Institusi Jurutera Malaysia (IEM) sebagai pengiktirafan atas sumbangan baginda terhadap pemerkasaan wanita dan komuniti.

Anugerah itu juga sebagai tanda sokongan baginda terhadap bidang kejuruteraan, pendidikan dan pembangunan bakat serta negara.

Presiden IEM, Ir. Yau Chau Fong berkata, penganugerahan tersebut merupakan antara bentuk pengiktirafan tertinggi institusi itu dan menjadi satu daripada acara kemuncak persidangan anjuran IEM berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komitmen serta sokongan berterusan baginda terhadap kemajuan pendidikan, kecemerlangan kejuruteraan, inovasi dan bakat menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Antarabangsa Ke-4 Wanita dalam Sains, Kejuruteraan dan Teknologi (Wiset) 2026 di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Seksyen Kejuruteraan Wanita IEM, Prof. Dr. Zuhaina Zakaria berkata, pengiktirafan IEM kepada Tuanku Zara Salim penting untuk menjadi pencetus semangat kepada golongan wanita dalam bidang kejuruteraan.

“Tuanku sendiri mempunyai latar belakang pendidikan kejuruteraan kimia. Oleh yang demikian, penganugerahan ini penting untuk menaikkan semangat golongan wanita dalam industri ini,” katanya.

Ujar beliau, ketika ini daripada sekitar 50,000 ahli IEM, kira-kira 11,000 orang merupakan wanita dan pihaknya meletakkan sasaran agar bilangan itu mampu ditingkatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini