JAS tingkatkan penguatkuasaan pengurusan e-waste

JAS tingkatkan penguatkuasaan pengurusan e-waste

JABATAN Alam Sekitar (JAS) akan memperkukuh pemantauan dan pemeriksaan terhadap premis pemprosesan buangan terjadual khususnya sisa elektrik dan elektronik (e-waste) bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memperkukuh pemantauan dan pemeriksaan terhadap premis pemprosesan buangan terjadual khususnya sisa elektrik dan elektronik (e-waste) bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah berkata, langkah itu turut melibatkan peningkatan keberkesanan operasi penguatkuasaan bagi memastikan sebarang ketidakpatuhan ditangani secara konsisten, telus dan berasaskan bukti.

“Setiap pengusaha premis bertanggungjawab memastikan aktiviti pengurusan buangan terjadual termasuk e-waste dilaksanakan sepenuhnya mengikut kehendak perundangan alam sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil, termasuk pendakwaan di mahkamah, bergantung pada jenis kesalahan, peruntukan undang-undang berkaitan dan kecukupan bukti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada 22 Oktober lalu berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap premis pemprosesan buangan terjadual dan aktiviti kitar semula di Kawasan Perindustrian Segamat, Johor.

Dalam pada itu, Azuri berkata, JAS menghormati peranan EAIC dalam memastikan integriti, akauntabiliti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan negara.

“JAS juga akan memberikan kerjasama sewajarnya kepada EAIC dalam sebarang proses siasatan dan penelitian lanjut, selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang berkuat kuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini