Tun M dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian

Tun M dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALI NG JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian perubatan susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali kelmarin.

Memetik laporan Buletin TV3, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN pada pukul 9 malam semalam.

Beliau berkata, keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan, namun keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan,” katanya.

Dr. Siti Hasmah selamat dikebumikan dengan penuh Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Istiadat pengebumian itu diketuai Kapten Ahmad Saufi Md. Isa dari Markas Tentera Darat selain disertai lapan pegawai daripada gabungan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×