Terima kasih sudi ikut ucapan saya termasuk di luar negara - Zahid Hamidi

Terima kasih sudi ikut ucapan saya termasuk di luar negara – Zahid Hamidi

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengikuti ucapan dasarnya semalam termasuk di luar negara.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan menyampaikan ucapan penggulungan pada petang ini dan meminta semua pihak menantikannya.

“Assalamualaikum dan selamat pagi anakanda semua. Terima kasih kerana sudi mengikuti ucapan dasar saya semalam, tidak kira anda berada di dalam negara mahupun di luar negara.

“Insya-Allah petang ini saya akan menyampaikan ucapan penggulungan. Teruskan bersama saya, di mana jua anda berada,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 meminta anak didik belajar daripadanya mengenai cara diplomasi Madani.

Hantaran itu dibuat sehari selepas Ahmad Zahid menggunakan istilah ‘guru’ dalam ucapan dasar Presiden UMNO ketika menggesa pihak berkenaan mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 semalam, Ahmad Zahid berkata, perubahan dasar ekonomi sedemikian hanya menimbulkan ketidakpastian dan kekeliruan dalam kalangan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×