SPRM buat laporan polis dakwa peguam Muhyiddin dedah dokumen sulit

SPRM buat laporan polis dakwa peguam Muhyiddin dedah dokumen sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan polis terhadap salah seorang peguam bela bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan polis tersebut dibuat terhadap peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad pada pukul 11.25 malam di Balai Presint 7, Putrajaya selepas pengadu menerima laporan daripada pengawai penyiasat kes Jana Wibawa, Mazery Mohd Zaini.

Berdasarkan salinan laporan yang dilihat Utusan Malaysia, laporan tersebut dibuat berkait pendedahan salinan rakaman perbualan membabitkan bekas Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dalam kes berbeza.

Pengadu yang juga pegawai kepada Mazery dalam laporan polis itu menyatakan bahawa dokumen adalah rahsia dan tidak pernah pernah didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak kecuali pegawai penyiasat SPRM.

Tambah laporan itu, rakaman percakapan itu tidak mempunyai kaitan dengan perbicaraan membabitkan Muhyiddin yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, pengadu dalam laporan tersebut memohon satu siasatan dijalankan rentetan kebocoron dokumen itu.

Pada prosiding semalam, Amer Hamzah cuba mengemukakan dokumen tersebut ketika Mazery memberi kererangan namun tidak dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin selepas menerima bantahan oleh pendakwaan.

Adam Radlan telah disenaraikan untuk dipanggil sebagai saksi pendakwaan namun pada awal bulan lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan mahkamah, pihaknya tidak akan memanggil lelaki berkenaan namun akan menawarkannya sebagai saksi pembelaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×