Rumah Hanif Khatri terbakar

Rumah Hanif Khatri terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: “Syukur Alhamdulillah” dan terima kasih kepada anggota bomba yang bertindak pantas memadamkan kebakaran di kediamannya di Bandar Country Homes, Rawang, awal pagi tadi, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata, tindakan pantas dan cekap anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang serta Batu Arang berjaya menghalang api daripada merebak ke rumah jiran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.06 pagi.

Katanya, 15 pegawai dan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 3.17 pagi.

“Kebakaran membabitkan bahagian atas tiga rumah teres semi-D dua tingkat dengan kemusnahan masing-masing 80, 20 dan lima peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit. Kebakaran dikawal pada jam 4.08 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.35 pagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×