KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebelum memulakan ucapan di The International Future Conference 2026, di sini, sebentar tadi.
Berkongsikan perkembangan sedih itu, Perdana Menteri turut mengajak hadirin membacakan surah Al-Fatihah atas pemergian isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Sebelum itu, saya ingin berkongsikan berita sedih pagi ini, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali telah meninggal dunia pagi.
“Jadi saya ingin mengajak semua untuk sedekahkan Al-Fatiha kepadanya, semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas pemergiannya,” katanya hari ini.
Anwar kini sedang memberi ucaptama bagi merasmikan The International Future Conference 2026.-UTUSAN








