Kenangan ini akan saya bawa selamanya – Kevin Choo

Kenangan ini akan saya bawa selamanya – Kevin Choo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Ada detik yang menjadi kenangan, dan ada kenangan yang kekal dalam hati selamanya.’

Itu luahan ahli fisioterapi, Choo Zhang Hui, 31, atau lebih dikenali sebagai Kevin Choo, ketika mengenang kesempatan berada bersama Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Bagi Kevin, pengalaman tersebut bukan sekadar satu detik yang dirakam dalam gambar, sebaliknya kenangan bermakna yang akan dibawanya sepanjang hayat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Tun Hasmah merupakan sosok yang amat dihormati dan dikaguminya, sekali gus peluang untuk berada di sisi tokoh berkenaan dianggap sebagai satu penghormatan besar.

“Tun Hasmah adalah seseorang yang amat saya hormati dan kagumi.

“Berpeluang berada di sana dan berkongsi walaupun sedikit daripada perjalanan hidup beliau adalah sesuatu yang akan sentiasa saya hargai.

“Ada detik yang menjadi kenangan, dan ada kenangan yang menjadi sebahagian daripada hati kita untuk selama-lamanya,” katanya menerusi hantaran di media sosial Threads.

Kevin berkata, kenangan bersama Tun Hasmah itu akan terus disimpan sebagai antara pengalaman paling bermakna dalam hidupnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN