JPA kaji langkah tambah baik pendapatan penjawat awam

JPA kaji langkah tambah baik pendapatan penjawat awam

Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menunjukkan Buku Institusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Alaf Baru pada Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji inisiatif yang boleh memberikan atau menambah baik aspek berkait pendapatan penjawat awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan berkata, bagaimanapun perkara itu perlu dilihat dengan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan ketika ini.

“Sebenarnya, kalau kita berbicara tentang ketidakcukupan, sampai bila pun tidak akan ada yang mengatakan sudah cukup.

“Tetapi, kali ini kita boleh lihat dengan jelas di mana sebelum ini kita telah pun membuat satu penyelarasan gaji di dalam SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) dan ini tentunya perlu kita seimbangkan dengan kemampuan kewangan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan berpandangan bahawa gaji yang diterima penjawat awam ketika ini tidak berada di bawah paras kemiskinan.

“Cuma bagaimana penjawat awam itu sendiri merancang perbelanjaan.

“Dan dalam masa yang sama, kita juga sedang mengkaji apa jua perkara yang boleh memberikan ataupun menambah baik lagi terkait dengan pendapatan penjawat-penjawat awam tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×