Hampir seluruh Malaysia dijangka ribut petir

Hampir seluruh Malaysia dijangka ribut petir

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah, kawasan yang terbabit merangkumi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Bagi wilayah pantai timur, amaran tersebut dikeluarkan untuk Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Turut terkesan ialah Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Di Sabah, ramalan cuaca buruk itu membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Beluran) dan Kudat, selain turut merangkumi Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu di Sarawak, keadaan sama dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN