Amaran ribut petir di tujuh negeri

Amaran ribut petir di tujuh negeri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terbabit ialah Kuala Kangsar dan Kinta di Perak, Kuala Krai di Kelantan; Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman di Terengganu.

Katanya, manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Kuantan, Lipis, Cameron Highlands dan Maran, manakala di Johor membabitkan Johor Bahru, Pontian, Kulai, Mersing dan Segamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Amaran di Sarawak membabitkan kawasan Sibu, Bintulu, Betong, Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Samarahan, Miri (Subis), Sarikei, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Limbang (Lawas) serta Serian.

Di Sabah, amaran itu membabitkan kawasan Pedalaman (Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu) sertaPantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan)

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang dijangka berlaku melebihi sejam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×