Amaran ribut petir di empat negeri

Amaran ribut petir di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat negeri hingga pukul 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda selain di Perak yang melibatkan daerah Kerian.

Menurut MetMalaysia, amaran itu turut meramalkan hujan lebat beserta angin kencang di kawasan terlibat dalam tempoh berkenaan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya hari ini.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlaku banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan perjalanan susulan cuaca buruk. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN