BN Johor tidak akan bentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan

BN Johor tidak akan bentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan membentuk kerajaan gabungan dengan mana-mana parti politik lain sekiranya berjaya mengekalkan kuasa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pendirian gabungan tersebut kekal teguh meskipun berdepan kritikan dan tekanan sejak mengumumkan pada 16 Mei lalu bahawa BN Johor bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, gabungan itu berdepan pelbagai serangan dan tuduhan susulan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan beberapa parti politik tertentu.

Beliau turut menegaskan bahawa pendirian BN untuk tidak bekerjasama dengan DAP tidak harus ditafsirkan sebagai penolakan terhadap mana-mana kaum kerana gabungan itu kekal komited mewakili masyarakat berbilang kaum di Johor.

“Tidak bekerjasama dengan DAP tidak bermaksud kita menolak mana-mana kaum kerana mereka adalah sebuah parti politik. Keputusan ini dibuat berdasarkan perbezaan pendekatan dan ideologi,” katanya ketika berucap di Pejabat UMNO Johor di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada BN, gabungan itu akan mentadbir Johor secara sendiri tanpa membentuk sebarang kerjasama atau gabungan dengan parti politik lain di negeri tersebut.

Beliau turut mengingatkan calon-calon BN agar melihat pencalonan mereka sebagai satu amanah dan tanggungjawab, bukannya keistimewaan, selain menyeru mereka yang tidak terpilih supaya terus bersatu serta memberikan sokongan kepada jentera pilihan raya BN.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN