Elaun guru tadika Islam Perak naik kepada RM1,400 mulai Januari - Utusan Malaysia

Elaun guru tadika Islam Perak naik kepada RM1,400 mulai Januari

SAARANI Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru tadika Islam sebanyak RM200 kepada RM1,400 berbanding RM1,200 sebelum ini, berkuat kuasa Januari 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, elaun penyelia tadika Islam turut dinaikkan RM100, daripada RM1,500 kepada RM1,600.

Katanya, kenaikan itu akan memanfaatkan 168 guru dan 12 penyelia dengan peruntukan keseluruhan elaun sebanyak RM3.05 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Para guru tadika Islam telah sekian lama memikul amanah menyemai asas pendidikan dan akhlak anak-anak. Mereka mendidik anak-anak mengenal huruf, mengenal tuhan dan mengenal erti kehidupan, biarpun dengan imbuhan yang serba sederhana.

“Jadi, sudah sewajarnya pengabdian mereka diberikan penghargaan yang lebih bermakna,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata, sebanyak RM10.08 juta turut diperuntukkan bagi meneruskan pembayaran elaun kepada imam, bilal dan siak di seluruh negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memperkenalkan inisiatif baharu menerusi Anugerah Mengerjakan Haji kepada imam, bilal, siak serta Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk yang memenuhi syarat kelayakan.

Katanya, inisiatif itu disediakan dengan peruntukan sebanyak RM474,600 sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat dan jasa golongan berkenaan.

“Pada masa sama, sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi meneruskan Program Sumbangan Para Jemaah Haji yang menyediakan bantuan RM1,000 seorang kepada 3,000 bakal jemaah haji pada tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini