Jangan polemik berbeza pandangan dalam BN di media - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Jangan polemik berbeza pandangan dalam BN di media – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi pada Majlis Perhimpunan Agung Keempat Perwakilan MCA Ke-30 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang perbezaan pandangan dalam Barisan Nasional (BN) perlu diselesaikan melalui penyelarasan dalaman parti, bukannya dijadikan polemik terbuka menerusi media.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyelarasan pendirian politik antara kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat sentiasa menjadi pegangan parti bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, penyelarasan itu dilakukan secara berterusan, meskipun terdapat kemungkinan salah tafsir atau salah faham mengenai sesuatu isu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang itu menjadi pegangan kita dan dalam kalangan kepimpinan BN negeri serta pusat, kita sering melakukan penyelarasan.

“Walaupun mungkin terdapat salah taksiran dan salah faham, ini bukan masanya untuk kita berpolemik.

“Kita berbeza pandangan, tetapi jika ada salah faham mengenai sesuatu isu, jangan gunakan media untuk menyatakan pendirian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Agung ke-4 Perwakilan MCA ke-30 di Wisma MCA hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menyeru penyelarasan pendirian politik BN antara peringkat negeri dan Pusat perlu diputuskan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat serta jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau dilaporkan berkata, jentera di peringkat akar umbi memerlukan hala tuju yang jelas berhubung bentuk kerjasama politik yang bakal diterokai parti itu supaya tidak wujud percanggahan antara pentadbiran negeri dan Persekutuan.

Dalam pada itu, Ahmas Zahid berkata, sebarang perbezaan pandangan atau salah faham perlu ditangani secara matang melalui perbincangan dan penyelarasan antara parti komponen.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan pendirian politik BN kekal jelas serta tidak menimbulkan kekeliruan atau salah tafsir dalam kalangan masyarakat.

“Perkara itu menjadi kebijaksanaan utama parti-parti komponen untuk menyelesaikannya. Kita tidak mahu masyarakat keliru dan tersalah tafsir mengenai sesuatu isu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini