100 pengguna Tiktok berhimpun dakwa akaun disekat

100 pengguna Tiktok berhimpun dakwa akaun disekat

KIRA-kira 100 pengguna Tiktok dijangka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat TikTok di Sunway Velocity V2 Tower, Kuala Lumpur esok sempena Himpunan Gegar TikTok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 100 pengguna Tiktok dijangka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat TikTok di Sunway Velocity V2 Tower, Kuala Lumpur esok sempena Himpunan Gegar TikTok.

Himpunan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10 pagi itu dianjurkan oleh ahli perniagaan, Albert Tei, bagi memberi ruang kepada pengguna menyuarakan keluhan berhubung tindakan sekatan akaun dan kandungan yang didakwa menjejaskan kebebasan bersuara di platform berkenaan.

Albert berkata, perhimpunan itu turut dijangka dihadiri individu yang pernah menjadi mangsa sekatan akaun, khususnya mereka yang mendakwa dikenakan tindakan selepas mengkritik Kerajaan Madani.

Katanya, peserta akan diberi peluang berkongsi pengalaman masing-masing selain menyampaikan memorandum serta pandangan kepada pihak TikTok berhubung isu yang dibangkitkan.

“Perhimpunan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu sekatan akaun dan kandungan yang dihadapi oleh sesetengah pengguna TikTok, selain memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan secara aman dan tertib.

“Kami berharap pihak TikTok dapat mendengar keluhan pengguna serta menilai semula dasar dan tindakan yang dilaksanakan terhadap kandungan yang dimuat naik di platform tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Albert turut menggesa orang ramai yang mempunyai pengalaman berkaitan untuk hadir dan menyertai himpunan berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap isu yang diperjuangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN